Putrajaya- Memenuhi permintaan kawan untuk mengambil gambar sempena Konvokesyen UKM ke-39, saya mencadangkan Putrajaya sebagai lokasi yang menarik untuk di pergi. Kami memilih Mahkamah sebagai background kepada gambar yang di ambil. Hari tersebut sangatlah cantik di susuli dengan langit yang membiru. Ianya menjanjikan panorama yang indah untuk di abadikan. Tahniah kepada Hidayat & Saiful.

















Klang,Selangor- Perkahwinan antara Suraya & Azraf di anggap 'Pengantin Basi'. Mengapa? Biar saya jelaskan cerita di sebalik anggapan tersebut. Untuk pengatahuan semua, mereka ini sebenarnya telah hampir setahun bernikah. Oleh kerana mereka masih lagi menuntut di luar negara, maka persandingan hanya sempat di lakukan di rumah pihak perempuan sahaja pada tahun lepas.

Tetapi, bagi kita orang melayu amnya dan umat islam khasnya majlis keraian perlulah dilakukan di kedua-dua belah pihak bagi mengelakkan aib dan menghebahkan kepada jiran tetangga. Walaupun bukan lagi pengantin baru, tetapi kedua-dua mempelai tetap berseri-seri dan majlis tetap berlangsung dengan meriahnya di samping kedatangan sahabat handai.











Klang,Selangor- Dr Azaad & Dr Lili di ibaratkan Bagai pinang di belah dia. Kedau-dua mempelai tampak begitu berseri apabila mengenakan busana berwarna keemasan. Lantas terdetik satu idea untuk aku olah pada perkahwinan aku kelak insyaalah. Majlis perkahwinan di langsungkan di rumah pihak lelaki. 'Selamat Pengantin Baru'







Taiping,Perak- Suasana yang begitu meriah.Di selang seli dengan kehadiran kawan2 lama. Yang menjadi uniknya perkahwinan mereka, akad nikah berlangsung bersama satu pasangan lain. dan akad nikah tersebut dilakukan tanpa berjabat(akad). Pengantin hanya menjawab begitu sahaja. Agak pelik tapi itulah realiti. Banyak cerita kelakar yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung.Pengantin very sporting..








Taiping,Perak- Balik kampung minggu lepas, time petang lepas habis wedding photoshoot aku ade lah jalan-jalan belakang rumah. Saje nak ambil angin kampung. Dan sempat jugaklah aku snap 1-2 gambar. Padi pun sedang hijau. Kepada yang di kampung yang nak kawin tu, time gini lah elok kalau nak kahwin. Pemandangan sawah yang very superb. Love my village..





Kuala Pilah, Negeri Sembilan-"Bagai pinang dibelah dua." Itu adalah ungkapan yang dapat dizahirkan kepada kedua-dua mempelai ini. Idris adalah kawan aku semasa belajar di UKM dahulu. Kami yang sibuk bercinta, tetapi dia yang kahwin dahulu. Apalah hendak di kata, sudah sampai jodoh.






Kuala Kangsar, Perak- Meraikan Raja sehari disini agak berbeza suasananya. Pada waktu ini aku bukanlah fotographer mereka, aku cuma mengambil gambar sebagai simpanan sendiri. Ini hasil dari lensa aku yang dapat aku garabkan. Walaupun si suami tidak gemar untuk senyum, tapi gambar mereka masih menyerlah. tq






Copyright 2010 NafisPhotography
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger